Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat gagalkan cubaan 13 PATI ceroboh sempadan Malaysia-Thailand

Tentera Darat gagalkan cubaan 13 PATI ceroboh sempadan Malaysia-Thailand

by Nurulhuda

KUBANG PASU, 9 Jan – Usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan aktiviti jenayah rentas sempadan membuahkan hasil apabila 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, operasi itu dijalankan di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Jelasnya, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang ketika pasukan operasi sedang melakukan rondaan dan mengesan 5 PATI sedang menyeberangi sungai untuk menuju ke jalan utama berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan beroperasi telah mengejar dan menahan kesemua PATI tersebut. Namun, salah seorang PATI telah mengalami kecederaan kecil apabila jatuh semasa cubaan melarikan diri,

“Kemudian, anggota operasi seterusnya berjaya menahan 8 orang PATI yang sedang bersembunyi berdekatan dengan kawasan penahan awal menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan PATI ialah sebanyak 13 orang,” jelas Markas 2 Div dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 13 orang PATI yang terdiri daripada 12 orang warganegara Myanmar dan seorang Thailand yang tidak memiliki pasport dan dokumen perjalanan yang sah.

Turut dirampas adalah sejumlah wang tunai dan 14 buah telefon bimbit dengan anggaran nilai barang rampasan keseluruhan berjumlah RM 16,259.49.

Seterusnya, kesemua PATI diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya.

TDM menegaskan, pihaknya akan akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.-airtimes.my

#TDM #airtimes #Malaysia #Thailand #Myanmar #sempadan j,

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?