Home Semasa Kerajaan Perpaduan sengaja sorok titah Adendum, derhaka kepada Agong- Che’GuBard

Kerajaan Perpaduan sengaja sorok titah Adendum, derhaka kepada Agong- Che’GuBard

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 6 JANAktivis politik Che’Gu Bard menuduh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menderhaka terhadap titah diraja apabila menyembunyikan Titah Adendum yang memberikan kelonggaran hukuman penjara kepada Datuk Seri Najib Razak.  

Menurut beliau, tindakan ini dianggap sebagai pengkhianatan terhadap titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang pada ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

“Hari ini berdasarkan watikah istana Pahang menyatakan bahawa memang Titah berkenaan pemenjaraan rumah Najib Razak itu wujud.

“Maka menyembunyikan titah YDPA ialah satu penderhakaan dan boleh jika didapati bersalah dibawah seksyen 121 boleh dihukum mati,” menurut kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Foto tangkap layar hantaran yang dimuat naik Che’Gu Bard melalui laman Facebook miliknya (Foto: FB Che’Gu Bard)

Che’gu Bard atau nama sebenar, Badrul Hisham Shaharin menegaskan, Kerajaan Perpaduan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) wajib bertanggungjawab dalam isu ini.

Mengulas lanjut, isu ini timbul susulan pendedahan afidavit oleh anak sulung Najib, Muhammad Nizar yang mendakwa wujud arahan diraja untuk bapanya menjalani baki hukumannya di rumah. 

Titah Adendum itu akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan, titah tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana perubahan tampuk kepimpinan di Istana Negara dan masih berada dalam proses mahkamah.

Beliau menegaskan, keputusan mengenai titah tambahan berada di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan perlu dirujuk kepada Agong semasa iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau menyatakan demikian semasa sesi lisan soal jawab di Parlimen pada 10 Disember lalu.

Dalam perkembangan sama, Che’Gu Bard turut mengkritik kepimpinan Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dianggapnya gagal bersuara dan bertegas dalam isu ini. 

“Yang lain harus bangkit bukan pasal Najib tapi sebab regim ini menipu dan menderhakaan Raja Raja Melayu dan mengkhianati perundangan. 

“Titah Raja pun kau bohong.. Itu belum lagi sakau sana sini,” tambahnya pada Isnin.

Sementara itu, keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 6 Januari benarkan rayuan Najib berhubung kewujudan titah Adendum Januari tahun lalu.

Rayuan ini membolehkan Najib Razak mengemukakan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan atau enam yang lain menjawab sekali gus mengesahkan kewujudan titah Adendum seperti didakwa.  -airtimes.my.

#Mahkamah #TitahAdendum #CheguBard #AirTimes #NajibRazak

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?