Home SemasaGlobal Lebih 260 pelarian Rohingya mendarat di Aceh

Lebih 260 pelarian Rohingya mendarat di Aceh

by M.Daim

BANDA ACEH, 6 JAN – Lebih 260 orang pelarian Rohingya dilaporkan telah mendarat di Aceh, Indonesia.

Kesemua 264 pelarian etnik itu telah mendarat di Pantai Alue Bu Tuha, bahagian timur wilayah Aceh.

Menurut laporan media tempatan Aceh, kehadiran 2 bot membawa pelarian Rohingya telah dikesan pada 10 malam waktu Indonesia Barat pada Ahad (11 malam waktu Malaysia).

Pendaratan kumpulan pelarian itu telah mendapat perhatian dari pihak berkuasa setempat yang kemudiannya bergegas ke kawasan pantai.

Dalam pada itu, penduduk Aceh menegaskan pendirian mereka yang enggan menerima kedatangan pelarian Rohingya.

“Pihak pemerintah Aceh Timur harus membawa mereka (pelarian keluar) dari perkampungan kami,” kata ketua penduduk setempat seperti dilaporkan oleh Aceh Online.

Pada tahun lalu, wilayah di utara Sumatera  itu menyaksikan seramai 346 pelarian Rohingya telah mendarat di Aceh. Jumlah itu berdasarkan bilangan pelarian yang mendarat pada Februari, Oktober dan November pada tahun 2024.

Media Republika memetik kenyataan pihak berkuasa setempat yang menyatakan hanya 137 pelarian Rohingya masih lagi berada di kawasan penempatan semetara baki yang lain telah melarikan diri. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #aceh #rohingya

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?