Home DiskusiNoor Inayat Khan: Keberanian perisik wanita muslim Perang Dunia Kedua

Noor Inayat Khan: Keberanian perisik wanita muslim Perang Dunia Kedua

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

Dalam dunia pertahanan seringkali majoritinya dikaitkan dengan parajurit lelaki yang menerajui aspek keselamatan dan keamanan negara. Walaupun, sejak dahulu ketenteraan didominasi oleh kaum lelaki, golongan wanita juga tidak terkecuali dalam keterlibatan mereka di unit beruniform.

Hal ini, dapat dibuktikan terdapat juga anggota tentera wanita yang menggalas amanah untuk mempertahankan keamanan negara sejak dahulu lagi, dan ini telah pun diakui dalam sejarah.

Penglibatan mereka khususnya dalam pentadbiran dan kepimpinan sebagai penguat semangat, perawat serta membantu dalam tugas-tugas khas yang membolehkan perancangan dan strategi berjalan dengan lancar selain berperanan penting di sebalik tabir.

Begitu pun, di negara Barat juga mempunyai peristiwa sejarah mengaitkan anggota tentera wanita yang berperanan penting dalam menjaga dan menangani ancaman musuh.

Meskipun, keupayaan dan ketangkasan tentera wanita diperlukan dalam memastikan perkhidmatan pertahanan negara berjalan dengan baik, peristiwa dan tragedi tidak lagi asing dalam dunia ketenteraan di mana-mana negara.

Seperti contoh, insiden tragis yang berlaku ke atas seorang puteri bangsawan berdarah Raja berumur 30 tahun, yang diseksa dan dibunuh oleh Nazi di kem tahanan Dachau, Jerman pada tahun 1944.

Noor-un Nisa Inayat Khan, itulah seorang tokoh wanita muslim berketurunan India-Amerika yang ditugaskan di Dinas Intelligance Inggeris sebagai perisik wanita dalaman bagi Special Operations Executive (SOE) British yang aktif menentang Nazi.

Berikutan, pada ketika itu Inggeris bertekad untuk sabotaj pendudukan Nazi di Eropah dengan memecahkan sistem transkripsi, merancang strategi jerman, serta melindungi pasukan sekutu yang telah dikerahkan.

Namanya, mungkin sama sekali tidak dikenali ramai dan kisahnya tidak diperdengarkan secara meluas, namun jasa dan pengorbanannya sebagai agen rahsia wanita yang pertama amat besar dalam Perang Dunia Kedua.

Kisah tragis ini sangat menyentuh, lebih-lebih lagi kerana beliau berasal dari keturunan sultan pejuang, iaitu cicit Sultan Tipu Sahib penguasa Muslim Mysore India abad ke-18.

Wanita kelahiran Moscow berdarah diraja ini, merupakan wanita pertama dihantar ke Perancis sebagai agen perisik oleh Perancis bagi membantu pergerakan perlawanan semasa Perang Dunia Kedua.

Inayat Khan atau dikenali dengan Nora Baker mahupun Jeanne-Marie Renier dan juga kod Madeline yang digunakan di lapangan. Beliau bertugas sebagai pembawa pengantar radio dari rumah ke rumah, sambil diburu oleh Gestapo iaitu polis rahsia Nazi Jerman.

Beliau bertanggungjawab menyediakan komunikasi untuk pasukan penentang Jerman pada 1940 setelah melarikan diri ke England ketika perang. Beliau turut menyertai Pasukan Bantuan Wanita dan dilatih sebaga operator radio tanpa wayar.

Setelah tiga tahun Noor diserap bagi menyertai kumpulan Pegawai Operasi Khas British. Sebelum itu, beliau juga menghasilkan beberapa buah buku cerita kanak-kanak yang diterbitkan di Sunday section of Le Figaro serta sajak. Buku pertamanya berjudul Twenty Jakata Tales, diterbitkan di England pada tahun 1939 adalah dalam Bahasa English dan France.

Selain menerbitkan beberapa karya penulisan, Noor juga terlibat dalam misi sebagai operator Nirkabel bagi penyelenggaraan komunikasi bagi pasukan tempatan di wilayah Le Mans.

Sosok diri wanita yang berani berjuang ini memiliki sifat keteguhan yang luar biasa, berjiwa halus dan sangat anti terhadap kekerasan, di mana kerap menyuarakan pandangan pasifis serta cara hidup tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.

Atas segala pengorbanan dan keberaniannya, beliau dianugerahkan Croix de Gurre oleh Perancis dengan bintang perak serta George Cross oleh kerajaan British sebagai penghormatan tertinggi selepas kematiannya.

Peristiwa kehidupan Noor yang sudah lebih 60 tahun berlalu selepas peperangan seharusnya terus dikekalkan dalam peringatan agar generasi baharu mengetahui pengorbanan beliau dalam memperjuangkan kebebasan dan keamanan dunia. -airtimes.my

#AirTimes #NoorInayatKhan #PerisikWanita #PerangDuniaKedua

Related Articles

Leave a Reply