Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan perteguh diplomasi, pertahan kedaulatan Laut China Selatan

Kerajaan perteguh diplomasi, pertahan kedaulatan Laut China Selatan

by Aqilah Azman

Berhubung dengan isu perhubungan diplomatik dan ekonomi antara Malaysia dan China, iaitu berkenaan isu ketegangan Laut China Selatan (LCS) yang sedang memuncak dan hangat diperdebatkan ketika ini. Secara tidak langsung menjadi perhatian global dalam usaha memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terjamin.

Laut China Selatan yang kaya dengan sumber maritim, bukan sekadar laluan utama perdagangan yang strategik, malah juga arena persaingan geopolitik yang kompleks yang mana telah mencetuskan tuntutan kedaulatan bertindih antara beberapa negara ASEAN dalam merebut wilayah yang kaya dengan hasil minyak, gas dan perikanan.

Krisis perebutan LCS ini kembali diperkatakan selepas China mengeluarkan surat bantahan diplomasi, yang mendakwa penerokaan minyak dan gas Malaysia di LCS memasuki sempadan wilayah China. Namun, isu penerokaan oleh Malaysia ini tidaklah berpotensi kepada situasi yang lebih tegang sehingga memberi kesan kepada diplomatik Kuala Lumpur-Beijing.

Berikutan, dakwaan Beijing kedaulatannya hampir menyeluruhi Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dituntut oleh negara Filipina, Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam.  Akan tetapi, Malaysia tidak perlu gusar dengan keupayaan oleh Angakatan Tentera Malaysia (ATM) yang menggunakan pelbagai strategi dalam mendepani dan menangani konflik sempadan di perairan LCS.

Sepertimana sedia maklum, isu LCS merupakan suatu isu yang kompleks dan sensitif jika disentuh dan harus mengelola isu ini dengan berhati-hati, teliti dan menyeluruh.

“Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif tanpa mengenepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara,” kata Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Justeru, semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu mempertahankan kedaulatan LCS, berlandaskan undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Undang–Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea 1982) (UNCLOS 1982), yang menetapkan hak dan tanggungjawab negara-negara di lautan.

Dengan itu, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan kekal komited dalam menyelesaikan isu-isu tersebut secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang bersesuaian. Di samping, Malaysia juga berperanan sebagai negara Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-China bagi tempoh tiga (3) tahun bermula dari Ogos 2024 hingga Julai 2027.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia sentiasa memantau dan memberikan perhatian terhadap isu LCS yang semakin meruncing di mana pendirian Malaysia mengenai pengendalian isu ini adalah jelas dan konsisten dalam setiap tindakan yang diambil bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama.

Selaras dengan konflik perebutan oleh negara-negara serantau berkenaan hak ke atas wilayah yang mempunyai kepentingan strategik, Kementerian Luar Negeri terus komited menyuarakan pendirian tegas Malaysia berhubung isu Laut China Selatan (LCS) di platform-platform berkaitan bagi memastikan pengukuhan kedaulatan, hak kedaulatan, dan kepentingan negara terus kekal terpelihara serta terhindar daripada ancaman.  -airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #LCS #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!