JOHOR, 02 DIS – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berharap agar pihak bertanggungjawab dapat meniliti tahap kualiti udara di Malaysia.
Pakar Kimia UTM Skudai, Dr Faizuan Abdullah berkata, penilitian ini perlu dibuat dengan rapi bagi mengelakkan pencemaran udara menjadi lebih serius pada masa akan datang.
Sementara itu, Faizuan berkata sebanyak 4 lokasi berlainan telah dilakukan persampelan dan kajian kualiti ruang udara menerusi jalinan kerjasama antara UTM Skudai, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Kimia Malaysia.
“Berkenaan dengan beberapa parameter bahan pencemaran udara, kalau kita dapat lihat ada parameter seperti Sulfur Dioxide (SO2), Nitrogen Dioxide (NO2), Ozon dan sebagainya.
“Kalau kita lihat di kawasan yang dikaji ini, ada bacaan-bacaan yang menunjukkan tahap udara tidak sihat yang mungkin disebabkan oleh pengeluaran gas-gas berlebihan di lokasi tersebut,” katanya kepada Airtimes pada Rabu.
Jelasnya lagi, keempat-empat lokasi ini akan dilihat bagaimana keadaan kualiti udara di kawasan berkenaan serta menganalisis dapatan yang diperolehi.
“Manakala, hasil yang akan diperoleh dalam kajian kali ini kita harapkan adanya kerjasama dari agensi lain dalam kerajaan bagi mengerahkan tenaga dan fikiran secara bersama,” katanya kepada Airtimes pada Rabu.
“Kerjasama antara agensi ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu analisis kualiti udara dan mencari jalan penyelesaian dalam membendung pencemaran udara,” katanya.
Selain itu, kerjasama ini juga diharapkan agar dapat diteruskan demi kebaikan bersama terutama kepada masyarakat di negara ini. -airtimes.my
#UTM #MYSA #Kualitiudara #Malaysia #Airtimes