Home SemasaKapal Pengawal Pantai China lebih besar berbanding kapal perang kita- Panglima Tentera Laut

Kapal Pengawal Pantai China lebih besar berbanding kapal perang kita- Panglima Tentera Laut

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 18 OKT – Kapal Pengawal Pantai China lebih besar dan berat berbanding kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain berkata, kapal milik China itu adalah seberat 5,000 tan dan disebabkan itu mereka boleh berada di Laut China Selatan selama 45 hingga 50 hari.

“Mereka (China) sentiasa berada di sana dan TLDM juga ada menghantar kapal ke kawasan berkenaan.

“Tetapi bila kita berjumpa mereka di sana, reaksi mereka seperti biasa dan tidak agresif walaupun ada reaksi cabar dan jawab (komunikasi radio),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media selepas Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut Ke-19 di Auditorium Kementah, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu bersedia dalam apa juga keadaan berhubung isu pertindihan tuntutan antara Malaysia dan negara lain termasuk China di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dalam apa juga keadaan, ATM perlu bersiap siaga termasuk dalam isu terbaru permintaan China supaya Malaysia menghentikan aktiviti cari gali minyak dan gas di suatu kawasan perairan Laut China Selatan. -airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply