Home Semasa Latihan ketenteraan China kepung Taiwan, tingkat ketegangan di Asia Timur

Latihan ketenteraan China kepung Taiwan, tingkat ketegangan di Asia Timur

by M.Daim

BEIJING, 15 OKT – China telah menghantar sejumlah 125 pesawat, kapal induk Liaoning, serta beberapa kapal perang untuk menjalankan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar Taiwan.

Latihan ketenteraan ini dilihat sebagai simulasi penutupan dan sekatan pelabuhan utama Taiwan, mencerminkan ketegangan yang semakin meningkat di Selat Taiwan.

Senario ini dapat dilihat dalam latihan ketenteraan China di sekitar Taiwan pada Isnin lalu.

Menurut Kementerian Pertahanan China, latihan ketenteraan tersebut adalah tindak balas terhadap keengganan Presiden Taiwan, Lai Ching-te, untuk menerima tuntutan Beijing bahawa Taiwan harus mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada Republik Rakyat China, di bawah pemerintahan Parti Komunis.

 Kenyataan ini dibuat selepas ucapan Lai pada Hari Kebangsaan Taiwan minggu lalu, di mana beliau menegaskan bahawa China tidak berhak untuk mewakili Taiwan, sambil berikrar untuk menentang sebarang bentuk pengilhakan atau pencerobohan.

Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan bahawa sebanyak 90 pesawat, termasuk pesawat perang, helikopter, dan dron China, dikesan berada di dalam zon pengenalan pertahanan udara Taiwan.

Walaupun begitu, lalu lintas perkapalan masih berjalan seperti biasa. Taiwan juga telah menghantar kapal-kapal perangnya untuk melakukan pemantauan dan bersedia menghadapi sebarang ancaman, manakala unit misil dan radar bergerak di darat telah dikerahkan untuk mengawasi kapal-kapal tersebut.

Latihan ketenteraan China ini dilihat sebagai amaran besar kepada penyokong kemerdekaan Taiwan dan tanda keazaman Beijing untuk mempertahankan kedaulatan nasionalnya. – airtimes.my

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!