Home SemasaChegu Bard direman 2 hari, isu dakwaan kes rasuah pegawai tinggi TLDM

Chegu Bard direman 2 hari, isu dakwaan kes rasuah pegawai tinggi TLDM

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman 2 hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan penahanan Chegu Bard pukul 3.00 petang semalam bagi menjalankan siasatan.

“Setakat ini, hanya satu laporan diterima berhubung isu itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katany seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu, Chegu Bard mendakwa polis menyerbu rumahnya pada Jumaat namun beliau tiada di rumah kerana berada di Tambun.

Beliau mendakwa tindakan itu susulan catatannya di Facebook yang mendedahkan dokumen sulit berhubung kegiatan rasuah membabitkan pegawai tinggi kanan TLDM.-airtimes.my

#rasuah #TLDM #CheguBard #PDRM #siasatan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply