Home SemasaAncaman ajaran sesat semakin jelas, terbuka

Ancaman ajaran sesat semakin jelas, terbuka

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 18 JUL- Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar dalam kenyataan, ajaran sesat yang berleluasa didapati secara terbuka melalui pelbagai platform media seperti facebook, TikTok dan lain-lain.

“Jika dahulu kumpulan menyebarkan ajaran ini bergerak secara sembunyi di kawasan terpencil dan tertutup,” ungkap beliau.

Berikutan, media sosial kini menjadi platform utama dalam menyebarkan fahaman yang menyeleweng kepada masyarakat.

Hal ini, kumpulan ajaran sesat menggunakan media sosial turut dikesan menyebarkan fahaman mereka dari luar negara.

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari dan bertindak memperkasakan penyelarasan dengan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri.

“Pihak kerajaan melalui JAKIM, SKMM dan PDRM sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap kandungan media sosial yang didapati ajaran yang menyeleweng,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, JAKIM bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menganjurakn program-program penjelasan kepada masyarakat melalui media penyiaran seperti TV1, TV Al-hijrah, stesen radio serta media sosial.

“Mana-mana individu yang cuba menyebarkan ajaran sesat melalui platform media sosial ini boleh diambil tindakan oleh JAKIM berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri dan akta berkaitan,” tegas Datuk Mohd Naim.

Justeru, beliau memberitahu penambahbaikan kepada aspek perundangan syariah sedia ada sedang diusahakan.

Dalam pada itu, menerusi kerjasama JAKIM, tumpuan dalam meperkukuhkan akidah ummah akan sentiasa diberi melalui pembudayaan ilmu dan pendidikan yang komprehensif.

Di samping, penyelarasan dibuat dari semasa-ke semasa melalui beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS) dan mesyuarat task force.

Dalam membendung penularan, JAKIM melakukan kajian secara menyeluruh dan juga MAIN serta JAIN dalam aspek penyelidikan berkenaan ajaran dan doktrin.

Lain daripada itu, mengadakan pertemuan dan sesi dialog tertutup bersama kumpulan atau individu yang terbabit dalam memberi kaunseling dan nasihat agama.

Sekaligus, tindakan tersebut mengembalikan akidah dan kehidupan mereka kepada kehidupan normal masyarakat.

“Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” nyata Datuk Mohd Naim berkenaan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Terdahulu, dalam Persidangan Meja Bulat antara SKMM, JAKIM dan JAIN seluruh Malaysia pada 30 April 2024, memfokuskan penguatkuasaan undang-undang mengenai kesalahan isu agama di platform dalam talian.

Related Articles

Leave a Reply