Home Semasa Anwar umum peruntukan tambahan RM200 juta perkasa TVET

Anwar umum peruntukan tambahan RM200 juta perkasa TVET

by Nurulhuda

KUALA LANGAT, 8 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera sebanyak RM200 juta, bagi memperkembangkan dan memajukan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukkan tersebut akan disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dengan keutamaan saluran akan diputuskan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, antara keutamaan termasuk dalam bidang kenderaan elektrik; keselamatan siber; kecerdasan buatan (AI); bahan termaju; teknologi eklektronik; mekanisasi lalang; automasi pertanian dan perternakan.

“Jadi, ini kita meluluskan dan lain-lain yang dicadangkan untuk tambahan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), orang Asal adalah saya percaya selari dengan kerangka ekonomi Madani dan tidak fikir ada masalah untuk meluluskannya,

“Ini memandangkan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) mempunyai mandat penuh daripada Jemaah Menteri untuk melaksanakannya dan beliau telah melakukan dengan berjaya dan membanggakan kita. Oleh itu, kita memberikan laluan kepadanya dalam terus dalam usaha memperkasakan TVET ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari TVET Negara dan meluncurkan Dasar TVET 2030 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, hari ini.

Justeru, Anwar berharap pelajar dan pelatih TVET dapat melihat program tersebut dalam kaca mata atau ‘teropong baharu’ bahawa TVET akan mengangkat negara terutama menerusi industri berteknologi tinggi dan AI di masa depan.

“Saudara dan anak-anak semua ini yang akan menentukan kita mempunyai keupayaan (tersebut atau tidak). Keperluan jurutera ketika ini adalah 33,000 orang manakala mereka yang mempunyai kepakaran AI pula puluhan ribu orang,

“Jadi, berdoa bukan sahaja dapat pekerjaan malah berpendapatan tinggi. Kalau Petronas contohnya dalam welding untuk kursus TVET, itu minumumnya RM7,000 dan AI dengan keperluan semasa adalah RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya mencadangkan 3 perkara sebagai anjakan TVET bagi kemajuan negara termasuk mengadakan program minggu TVET atau sambutan Hari TVET di peringkat sekolah.

“Turut dicadangkan adalah lebih banyak segmen khusus seperti TeknoUsahawan, TVET Hafiz tetapi untuk lebih capaian segmen masyarakat lain seperti TVET Orang Asli, OKU, Orang Asal di Sabah dan Sarawak serta anak muda di luar bandar,

“Justeru, saya ingin memohon kepada Perdana Menteri untuk disediakan pembiayaan tambahan bagi meningkat pembangunan kemahiran khususnya bagi bidang-bidang kemahiran bernilai tinggi,” katanya lagi.-airtimes.my

#semasa #TVET #Malaysia #DSAI #airtimes

Related Articles

Leave a Reply