Home Semasa Balai polis diserang: Anggota terkorban baru 2 tahun berkhidmat dalam PDRM

Balai polis diserang: Anggota terkorban baru 2 tahun berkhidmat dalam PDRM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi baru berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu lebih kurang 2 tahun.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi catatan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Muhamad Syafiq Ahmad Said merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai terbabit.

“Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga polis menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham yang meninggal dunia ketika bertugas dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram,

“Didoakan kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” jelas hantaran itu.

Sebelum itu, dalam satu sidang media, Razarudin memaklumkan, Fahmi berasal dari Bidor, Perak manakala Syafiq dari Kuantan, Pahang.

Awal pagi tadi, negara digemparkan dengan kejadian seorang suspek berusia 22 tahun yang bertopeng dan bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan.

Dalam kejadian 2.45 pagi tadi, 2 anggota polis maut ditetak dan ditembak suspek yang kemudiannya ditembak mati di lokasi kejadian. Seorang lagi anggota polis turut cedera dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Razarudin mengesahkan suspek yang yang ditembak mati itu adalah ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI). -airtimes.my

#PDRM #serangbalaipolis #UluTiram #Johor #airtimes

Related Articles

Leave a Reply