Home Semasa Jepun perketat kawalan eksport barangan teknologi tinggi

Jepun perketat kawalan eksport barangan teknologi tinggi

by M.Daim

TOKYO, 25 APR – Kerajaan Jepun dilaporkan akan perketat kawalan eksport teknologi tinggi bagi mengelakkan ia disalah guna bagi tujuan persenjataan.

Di bawah peraturan tersebut, syarikat yang akan melakukan eksport tersebut perlu memberikan notis awal kepada pihak kerajaan.

“Kawalan eksport turut diperketatkan terhadap teknologi lain yang mempunyai risiko untuk digunakan sebagai senjata konvensional,

“Pihak kerajaan akan meminta firma yang terlibat dengan aktiviti eksport untuk melakukan penelitian awal,” lapor media Jepun.

Menurutnya, undang-undang sedia ada akan dipinda  bagi tujuan tersebut.

“Pada ketika ini, undang-undang kawalan meminta pihak syarikat pengeksport untuk meminta kebenaran dari kerajaan sebelum menjual teknologi yang berkaitan nuklear, kimia dan teknologi tinggi,

“Pindaan ini akan merangkumi beberapa cabang teknologi lain yang  tersenarai tetapi mempunyai risiko digunakan sebagai senjata,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Jepun

Related Articles

Leave a Reply