Home Pertahanan dan Keselamatan SOP penerbangan lintas: Kita tunggu hasil siasatan – Menteri Pertahanan

SOP penerbangan lintas: Kita tunggu hasil siasatan – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 APR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini menegaskan pihaknya akan mengambil langkah selanjutnya  selepas laporan siasatan nahas udara di Lumut selesai.

Beliau mengulas persoalan sama ada Prosedur Operasi Standard penerbangan lintas hormat akan diteliti oleh pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita akan ambil pengajaran. Kita akan tunggu laporan siasatan,

“Dari situ kita akan lakukan perkara yang wajar untuk dilakukan,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka ATM di Wisma Perwira, hari ini,

Beliau menambah, satu jawatankuasa siasatan dibentuk dan akan menentukan pihak yang mana akan membantu siasatan.

“Kita nak tahu sejelas-jelasnya dan tidak ada apa-apa perkara hendak diketepikan,” ujar beliau.

Terdahulu, Khaled merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam usaha menguruskan mangsa 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas pada 23 April 2024.

Menurut beliau, kesemua perajurit yang terkorban telah selamat disemadikan selepas bedah siasat selesai pada lewat tengah hari semalam.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 3 wanita dan 7 lelaki dari TLDM disahkan terkorban dalam nahas udara yang melibatkan 2 buah helikopter di Pangkalan Lumut.

Kejadian berlaku pada pagi 23 April di mana sebuah helikopter Fennec dari Skuadron 502 dan AW139 Helikopter Operasi Maritim (HOM) Skuadron 503.

Nahas udara berlaku ketika raptai Sambutan Hari TLDM ke-90 sedang dilaksanakan.

Lantaran dari insiden tersebut, Sambutan TLDM ke-90 telah ditukarkan kepada Majlis Tahli dan Doa Selamat. Selain itu, Sambutan Hari Armada di Lumut, Tanjung Gelang dan Sandakan telah dibatalkan bagi menghormati 10 perwira TLDM yang gugur dalam nahas itu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply