Home SemasaGlobal Amerika Syarikat jual US$138 juta alat ganti misil pertahanan udara kepada Ukraine

Amerika Syarikat jual US$138 juta alat ganti misil pertahanan udara kepada Ukraine

by M.Daim

WASHINGTON, 10 APR – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan alat ganti sistem pertahanan udara kepada Ukraine.

Penjualan bernilai US$138 juta itu dibuat selepas Kyiv mengemukakan permohonan pembelian kecemasan.

Jabatan Negara Amerika dalam satu kenyataan berkata, penjualan segera itu diluluskan selepas mengambil kira permintaan oleh Ukraine.

“Setiausaha Negara Amerika Syarikat (Antony Blinken) telah memutuskan bahawa terdapat keperluan mustahak oleh kerajaan Ukraine terhadap pembelian itu,” katanya.

Penjualan tersebut melibatkan alat ganti, khidmat baik pulih, penyelenggaraan, latihan dan ujian terhadap misil Hawk.

Pada ketika ini, Kyiv sedang menyuarakan keperluan mereka untuk mendapatkan sistem pertahanan udara yang mampan dalam menghadapi serangan oleh Rusia. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Ukraine

Related Articles

Leave a Reply