Home SemasaGlobal Pemberontak tawan bandar sempadan, Thailand sedia terima pelarian

Pemberontak tawan bandar sempadan, Thailand sedia terima pelarian

by M.Daim

BANGKOK, 10 APR – Kerajaan Thailand sedang bersiap sedia untuk menerima pelarian Myanmar berikutan perkembangan terkini di kawasan di sempadan.

Menteri Luar Thailand, Parpreen Bahiddha-Nukara menyatakan Bangkok bersedia untuk menerima 100 ribu pelarian selepas kumpulan pemberontak Myanmar berjaya menawan banda Myawaddy dari kerajaan Junta.

Myawaddy merupakan bandar yang terletak di kawasan sempadan Myanmar-Thailand.

Menurut laporan Bangkok Post, kerajaan Thailand telah berbincang dan bersiap sedia untuk menerima pelarian untuk ditempatkan di kawasan selamat.

“Sekiranya angka pelarian melebihi 100 ribu orang, agensi berkaitan telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu kerajaan Thailand dalam menguruskan perkara tersebut,” kata Parnpree.

Menurut beliau, pihak Kementerian Luar Thailand sedang berbincang dengan beberapa negara lain sekiranya Bangkok memerlukan bantuan dalam isu pelarian Myanmar.

Sebelum ini, kerajaan Myanmar dilaporkan telah meminta bantuan daripada Thailand untuk membenarkan 3 penerbangan khas dari Yangon ke Mae Sot. Penerbangan khas itu dibuat bagi membawa keluar pemimpin tentera Myanmar dan ahli keluarga mereka ke tempat selamat.

Semalam, bandar Myawaddy berjaya ditawan oleh kumpulan pemberontak Karen National Liberation Army dan People’s Defence Force. Bandar sempadan itu dikuasai oleh kumpulan penentang selepas 617 anggota tentera Burma menyerah diri.

Bandar itu merupakan lintasan sempadan utama Myanmar-Thailand. Kejayaan kumpulan pemberontak menawan Myawaddy sekaligus menamatkan penguasaan tentera di bandar itu yang bertahun lamanya. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Myanmar

Related Articles

Leave a Reply