Home SemasaGlobal Operasi bantuan udara Gaza: Jordan setuju, Israel bantah

Operasi bantuan udara Gaza: Jordan setuju, Israel bantah

by M.Daim

ANKARA, 9 APR – Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan mendakwa Israel telah menghalang penglibatan negara itu untuk melakukan operasi pengguguran bantuan udara ke Gaza.

Menurut beliau, Tel Aviv telah menolak permohonan Turkiye untuk melakukan operasi tersebut, walaupun mendapat kelulusan dari Jordan.

Fidan menegaskan, Israel tidak mempunyai sebarang alasan yang munasabah untuk menghalang usaha dari Ankara.

Malah, Turkiye telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut. Jelasnya, tindakan yang diambil akan diteruskan sehingga Israel mengisytiharkan gencatan senjata dan tidak menganggu operasi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Tindakan ini telah mendapat kelulusan presiden, ia akan dilaksanakan secara langkah demi langkah tanpa sebarang penangguhan,

“Tindakan yang diambil akan dinyatakan oleh pihak berkaitan bagi pengetahuan umum,” katanya dalam laporan media Turkiye.

Beliau menambah, Turkiye merupakan antara negara yang terbesar dalam menghantar bantuan ke wilayah bergolak itu. Jumlah keseluruhan bantuan yang dihantar ke Gaza adalah melebihi 42,000 tan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply