Home SemasaGlobal Kapal China intip latihan tentera laut bersama Filipina

Kapal China intip latihan tentera laut bersama Filipina

by M.Daim

MANILA, 9 APR – Kapal Tentera Laut China (PLA-Navy,PLAN) dilaporkan membayangi latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Jepun.

Latihan bersama di lautan oleh keempat-empat negara itu telah dibayangi oleh 2 buah PLAN.

Kehadiran kapal-kapal tentera laut China dikesan semasa latihan sedang dilaksanakan pada Ahad.

Perkara tersebut didedahkan oleh Panglima Tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner Jr.

Menurutnya, walaupun kehadiran kapal tersebut telah dikesan semasa latihan dilaksanakan, ia tidak menganggu aktiviti-aktiviti dijalankan.

Malah, Brawner tidak dapat memastikan apakah tujuan dan sebab kapal-kapal China berada di lokasi berhampiran.

“Kita sedang menjalankan latihan di dalam perairan, 2 buah kapal PLAN telah dikesan dan mereka tidak melakukan sebarang operasi rondaan ataupun eksesais,” katanya dalam laporan PNA.

Beliau menambah, tiada sebarang  isyarat komunikasi radio diterima dari mana-mana kapal PLAN.

Brawner menjelaskan, latihan bersama itu melibatkan aktiviti komunikasi, taktik, pelayaran dan pengesanan objek bawah permukaan.

Pada Ahad lalu, tentera laut dari Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Jepun telah melaksanakan latihan bersama di Laut China Selatan.

Latihan tersebut merupakan kali pertama diadakan dan melibatkan kapal-kapal serta pesawat rondaan maritim. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Filipina

Related Articles

Leave a Reply