Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
AUKUS sedang mempertimbangkan penglibatan Jepun – Air Times News Network
Home SemasaGlobal AUKUS sedang mempertimbangkan penglibatan Jepun

AUKUS sedang mempertimbangkan penglibatan Jepun

by M.Daim

LONDON, 9 APR – Perikatan kerjasama trilateral Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom (AUKUS) dilaporkan sedang meneliti penglibatan Jepun.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Kementerian Pertahanan UK dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak AUKUS sedang berbincang dengan beberapa buah negara termasuk Jepun, yang berpotensi sebagai rakan kerjasama untuk membangunkan keupayaan teknologi ketenteraan. Pembangunan tersebut merupakan rangka Pillar Two AUKUS.

Ia merangkumi pembangunan teknologi quantum, keupayaan bawa permukaan laut, kecerdasan buatan (AI), siber, hipersonik dan kemampuan mengatasi ancaman hipersonik. Selain daripada itu, Pillar Two turut menggariskan pembangunan keupayaan peperangan elektronik yang dibantu oleh inovasi dan perkongsian maklumat.

Menteri Pertahanan UK, Grant Shapps menjelaskan, kerjasama AUKUS adalah penting terutamanya dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

“Sebelum ini kita telah nyatakan bahawa pihak AUKUS akan berhubung dengan negara-negara lain semasa meneruskan Pillar Two,

“Kerjasama dengan negara-negara yang sependapat akan mengukuhkan lagi AUKUS,” katanya.

Beliau menambah, pihak UK komited terhadap keamanan, kemakmuran dan keterbukaan Indo-Pasifik.

“Kita akan terus bekerjasama dengan negara rakan untuk mempertingkatkan keupayaan dan mendukung tantanan antarabangsa,” ujar beliau.

Terdahulu, Shapps dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat dan Australia dalam kenyataan bersama mengiktirah potensi Jepun.

Negara Matahari Terbit itu mempunyai kekuatan tersendiri dan hubungan rapat dengan negara-negara anggota kerjasama AUKUS.

“Kita sedang mempertimbangkan penglibatan Jepun dalam AUKUS Pillar Two,” kata kenyataan bersama itu.

Selain menjadi negara sekutu kepada Amerika Syarikat, Jepun turut mempunyai program pembangunan jet pejuang stealth bersama dengan UK dan Itali. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?