KUALA LUMPUR, 8 Apr – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kerajaan cuba pertingkatkan peruntukan pertahanan.
Menurut beliau, pengorbanan pasukan tentera dalam mengalas tugas mereka untuk menjaga kedaulatan negara sentiasa dihargai oleh kerajaan.
Menteri Pertahanan menyatakan perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.
“Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, saya diingatkan akan dedikasi yang ditunjukkan mereka, yang berkhidmat demi negara berbanding merayakannya bersama yang tersayang,
“Kerajaan menghargai pengorbanan perajurit kita dan akan terus mencuba yang terbaik dalam meningkatkan peruntukan, yang mana kini antara tertinggi dalam Belanjawan negara,
“Melalui sokongan teguh semua, saya percaya peruntukan untuk pertahanan akan dapat terus ditingkatkan,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya akan fokus untuk meningkatkan kesiagaan dengan aset-aset terkini, dan berterusan membantu dalam soal kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia. – airtimes.my