Home SemasaGlobal Greece sedia jual 32 jet pejuang F-16 kepada Ukraine

Greece sedia jual 32 jet pejuang F-16 kepada Ukraine

by M.Daim

ATHENS, 9 APR – Kerajaan Greece dilaporkan sedia untuk membekalkan 32 buah jet pejuang F-16 kepada Ukraine.

Ia merupakan sebahagian dariapda perancangan negara Mediterranean untuk menjual 108 jet pejuang termasuk Mirage 2000-5 dan F-4.

Penjualan pesawat-pesawat itu telah diluluskan oleh kerajaan Greek semenjak beberapa tahun lalu.

Nilai penjualan kesemua jet pejuang tersebut dilaporkan bernilai sekitar 2 bilion hingga 2.5 bilion Euro.

Menurut laporan media Greece, penjualan F-16 ke Ukraine belum pasti mendapat sambutan memandangkan ‘F-16 C/D Block 32 yang sedia ada telah mencapai 60 peratus jangka hayat’.

Selain Ukraine, Greece dilaporkan turut merancang untuk menjual jet pejuang Mirage 2000 kepada India. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Greece #F16 #Mirage2000

Related Articles

Leave a Reply