Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Lebih 10,000 pengunjung saksikan perbarisan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat

Lebih 10,000 pengunjung saksikan perbarisan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat

by Nurulhuda

SEGAMAT, 1 Mac – Lebih 10,000 pengunjung hadir pada Perbarisan Sempena Hari Tentera Darat ke-91 yang diadakan di Dataran Segamat, pagi tadi.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, jumlah tersebut dinilai amat besar kuantitinya berbanding dengan lokasi yang dipilih dalam melaksanakan program tersebut.

“Tahun ini kita adakan di Dataran Segamat, Johor. Ia bukan diluar kebiasaan kerana sebelum ini Tentera Darat Malaysia (TDM) juga pernah mengadakan di daerah-daerah lain atau bandar-bandar lain sebelum ini,

“Untuk pagi ini sahaja, perbarisan ini telah dihadiri atau ditontoni oleh lebih dari 10,000 orang penduduk Segamat atau sekitarnya,

“Ini menunjukkan satu jumlah yang cukup besar dengan mengambil kira lokasi yang kecil,” jelasnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan sempena Hari Tentera Darat ke-91, hari ini.

Menurutnya, penganjuran sambutan yang julung kalinya dibuat di daerah ini adalah sebagai salah satu strategi atau cara untuk menarik minat golongan belia terutamanya bukan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebab itu, kenapa kita (TDM) buat di Segamat kerana ia adalah salah satu cara atau startegi untuk menarik lebih ramai golongan muda di Segamat terutamanya berbangsa Cina dan India untuk terlibat sama dalam perkhidmatan ATM,

“Berpandukan tema tahun ini, Gagasan Tentera Darat Dan Rakyat, Kekal Siaga bermakna Tentera Darat akan sentiasa memberi kesedaran kepada golongan muda dan orang awam untuk menggalakkan anak-anak mereka sama-sama memikul tanggungjawab dalam menjaga keamanan negara,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat telah menyaksikan perbarisan Hari Tentera Darat Ke-91 tahun 2024 yang dilaksanakan dalam 2 segmen iaitu segmen perbarisan tempur dan segmen perarakan.

Perbarisan tempur diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Shahrul Hamidon yang melibatkan 6 kontinjen iaitu kontinjen tempur, bantuan tempur, bantuan perkhidmatan, kontinjen 10 Briged Para, GGK dan kontinjen wanita yang terdiri daripada 38 pegawai dan 1244 anggota.

Turut diadakan adalah terbang Lintas Hormat 5 buah pesawat yang terdiri daripada 3 buah pesawat A109 LOH dan 2 buah pesawat MD 530G. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #TDM #HTD91 #tenteradarat #Segamat

Related Articles

Leave a Reply