Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pengunjung teruja, baru tahu ada Doktor Tentera – Pegawai Pergigian

Pengunjung teruja, baru tahu ada Doktor Tentera – Pegawai Pergigian

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Nkj3lesBpW8[/embedyt]

 

SEGAMAT, 29 Feb – Penganjuran Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 di Segamat telah membuka mata pengunjung untuk lebih mendekati warga Tentera Darat Malaysia (TDM) itu sendiri.

Pegawai Pergigian, Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT), Kem Bera, Leftenan (Dr) Husna Mohd Hussin berkata, rata-rata pengunjung menyatakan pengalaman pertama mereka untuk melihat dengan lebih dekat berkenaan aset dan keanggotaan TDM yang selama ini tidak diberi pendedahan.

“TDM ini bukan sekadar pakai baju loreng dan berperang sahaja. Ada pesakit pagi tadi cakap..’ baru tahu ada doktor gigi askar’,

“Jadi ini pengalaman pertama mereka untuk mendekati TDM. Sebelum ini mereka tidak tahu tentera ini kerja macam mana. Kita ada pelbagai kerjaya, ada yang doktor gigi, ada doktor perubatan,

“Jadi ini sangat membuka mata untuk orang awam mengenal sendiri apa itu Tentera Darat,” katanya kepada Air Times ketika ditemui di Dewan Jubli, Segamat, hari ini.

Dr Husna memberi cenderahati kepada Adik Firas, 8 selepas selesai mendapatkan pemeriksaan pergigian. Foto:AirTimes/Muaz

Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian itu adalah salah satu dari program yang diadakan sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 yang berlangsung bermula hari ini di Dataran Segamat.

Menurutnya, program seperti ini secara tidak langsung dapat memberi maklumat dan penerangan kepada orang awam berkenaan kerjaya dalam Tentera Darat.

“Pada kami ia sangat berkesan kerana fokus kami adalah kepada orang awam, jika sebelum ini dilakukan di kem-kem, kebanyakan anak-anak anggota dan anggota sendiri hadir yang sememangnya terdedah dengan persekitaran ketenteraan,

“Tapi kali ini kita hendak tunjukkan kepada orang awam, siapakah TDM sebenarnya. Kita mempunyai banyak kor yang terdiri daripada bahagian kesihatan, polis dan sebagainya,”ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Sel Kesihatan Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Farid Alias berkata, kerjasama Kor Kesihatan Diraja (KKD) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini mengadaptasikan pendekatan konsep ‘whole of government and society.

“Dimana konsep itu menekankan pertahanan menyeluruh iaitu mendekatkan dan memberi pengetahuan kepada masyarakat umum bahawa mempertahankan negara adalah tanggungjawab bersama serta bukan hanya Tentera Darat sahaja,” ujarnya.

Kehadiran pengunjung amat menggalakkan,kebanyakan mereka yang hadir mengetahui program ini melalui media masa dan dalam masa yang sama hebahan orang perseorangan – Ketua Pengarah Sel Kesihatan Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Farid Alias. Foto:AirTimes/Muaz

Mengulas mengenai aktiviti yang dijalankan, beliau berkata, pasukannya turut menyediakan pemeriksaan meliputi saringan kesihatan asas termasuk ujian darah bagi kolestrol dan gula bersama dengan pihak KKM,

“Dalam masa yang sama juga kita buat promosi kesihatan bagi penyakit-penyakit tidak berjangkit, masalah-masalah kanser dan pemeriksaan pergigian,

“Selain daripada membuat pemeriksaan pergigian, kita juga ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sebagai daya tarikan untuk mereka hadir program kali ini untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian,” jelasnya lagi.

Selain dari pemeriksaan kesihatan, pasukan ini juga mengadakan demonstrasi Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation, CPR) kepada pengunjung yang hadir.

Salah seorang pengunjung program Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian mencuba teknik CPR dengan dibantu anggota paramedik TDM. Foto:AirTimes/Muaz

Dalam masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan kehadiran penduduk setempat dan sekitar untuk turun ke Dataran Segamat terutamanya di Dewan Jubli Intan untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung aspek kesihatan dan juga pergigian. -airtimes.my

#pertahanan #HTD91 #TenterDarat #airtimes #Segamat

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!