PELABUHAN KLANG, 1 MAC – Pihak Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard, USCG) mahu mempertingkat kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pegawai Memerintah kapal cutter USCGC BERTHOLF, Kapten William L. Mees.
Menurut beliau, pihak USCG berbangga kerana dapat bekerjasama dan melaksanakan pertukaran profesional dengan Maritim Malaysia.
“Kerjasama dan pertukaran profesional ini mampu mempertingkatkan keupayaan maritim di antara kedua-dua negara,
“Melalui kerjasama dengan Maritim Malaysia, pihak USCG ingin mengukuhkan tadbir urus maritim global dalam memelihara kedaulatan, perkongsian maklumat untuk memudahkan perkongsian peningkatan keupayaan, dan mempamerkan standard tingkah laku profesional dalam mengukuhkan peraturan undang-undang di laut,” kata Mees.
Beliau menambah, pihak USCG berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara rakan untuk membina Indo-Pasifik yang lebih stabil, bebas, dan terbuka.
Mees menyatakan perkara tersebut semasa lawatan media ke kapal USCGC BERTHOLF di Pelabuhan Klang, hari ini.
USCGC BERTHOLF merupakan kapal cutter kelas Legend yang dioperasikan oleh US Coast Guard semenjak tahun 2008. Kapal ini pernah memintas sebuah kapal selam yang digunakan oleh kumpulan pengedar dadah di Panama pada tahun 2016. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #USCG # USCGCBERTHOLF #Keselamatan