PORT MORESBY, 12 JAN – Kerajaan Papua New Guinea telah mengisytiharkan darurat 14 hari di ibu negara itu.
Darurat telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri PNG James Marape selepas rusuhan meragut 15 nyawa berlaku
Keganasan tercetus di Port Moresby apabila sekumpulan askar, pegawai polis dan pengawal penjara melancarkan bantahan terhadap kerajaan pada Rabu. Rusuhan juga dilaporkan merebak ke kawasan lain.
Selain itu, berlaku kejadian rompakan dan membakar kedai.
Bantahan bermula di kawasan parlimen Papua New Guinea selepas anggota keselamatan menyedari gaji mereka telah dikurangkan tanpa sebarang penjelasan.
“Hari ini saya mengumumkan keadaan darurat selama 14 hari di Port Moresby,
“Pasukan pertahanan boleh campur tangan untuk membendung sebarang situasi yang mungkin timbul,” katanya.
Selain itu, Marape berkata empat ketua jabatan yang terlibat dalam masalah gaji tersebut telah digantung tugas.
Antaranya ketua pesuruhjaya polis dan ahli birokratik. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global
