Home Semasa Taiwan hasilkan misil udara-ke-udara baharu mulai tahun hadapan

Taiwan hasilkan misil udara-ke-udara baharu mulai tahun hadapan

by M.Daim

TAIPEI, 13 DIS – Taiwan dilaporkan telah selesai membangunkan misil udara-ke-udara buatan domestik.

Pembangunan misil Sky Sword III yang dilakukan oleh National Chung-Shan Institute of Science and Technology (NCSIST) akan mula dihasilkan pada skala besar mulai tahun hadapan.

Misil ini dilaporkan mampu untuk menggempur sasaran pada jarak 120 kilometer hingga 150 km.

Menurut laporan media Taiwan, misil Sky Sword III akan digunakan oleh jet pejuang negara itu.

“Senjata ini akan mempertingkatkan kemampuan pertahanan udara Taiwan bagi menghadapi ancaman oleh China,” lapor Liberty Times.

Sky Sword II merupakan misil udara-ke-udara yang dibangunkan oleh Taiwan pada tahun 1990-an

Sky Sword merupakan siri misil yang dihasilkan secara domestik oleh Taiwan semenjak 1980-an. Pembangunan misil ini bermula dengan penghasilan Sky Sword I yang menggunakan sistem panduan infra merah.

Sky Sword II yang dihasilkan pada tahun 1990-an pula merupakan lonjakan kepada teknologi misil siri ini di mana ia mampu untuk melakukan serangan di luar pandangan visual (Beyond Visual Range).

Selain daripada itu, Sky Sword II mempunyai pelbagai varian termasuk anti radiation, pertahanan udara.

Sky Sword III dilaporkan mempunyai ciri kelajuan serangan yang lebih tinggi berbanding Sky Sword II.

Sky Sword II mampu untuk terbang pada kelajuan Mach 6. – airtimes.my

#AirTimes #Taiwan #Misil #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply