Home Semasa Pertelingkahan perairan: Filipina suarakan protes terhadap China

Pertelingkahan perairan: Filipina suarakan protes terhadap China

by M.Daim

MANILA, 13 DIS – Kerajaan Filipina gesa China untuk berhenti berada di kawasan perairan Terumbu Ayungin (Ayungin Shoal).

Perkara tersebut disuarakan oleh Manila melalui Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri selepas mengadakan pertemuan dengan Duta China, Huang Xilian.

Menurutnya, pertemuan dengan Huang adalah salah satu cara Manila menyuarakan protes mereka terhadap tindakan China di kawasan perairan tersebut pada Ahad lalu.

“Filipina akan terus mempertahankan hak kedaulatan dan pemilikan terhadap fitur Terumbu Ayungin,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Filipina dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kapal Pasukan Pengawal Pantai China dan Militia Maritim China telah memintas serta melanggar konvoi kapal Filipina yang dalam perjalanan ke BRP SIERRA MADRE.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, kapal penguatkuasa maritim China telah melepaskan tembakan meriam air terhadap konvoi tersebut.

Konvoi yang terdiri daripada 4 bot tersebut turut membawa Panglima Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner Jr. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Filipina #China

Related Articles

Leave a Reply