Home SemasaGlobal Tembakan, bedilan kereta kebal cemari hari ke-5 gencatan senjata sementara di Gaza

Tembakan, bedilan kereta kebal cemari hari ke-5 gencatan senjata sementara di Gaza

by M.Daim

GAZA, 28 NOV – Bunyi tembakan dan bedilan meriam kereta kebal tentera Israel telah memecahkan kesunyian hari ke-5 gencatan sementara di Gaza.

Letupan mula kedengaran pada sekitar 6.45 pagi waktu Gaza (12.45 tengah hari waktu Malaysia) di kawasan utara wilayah bergolak itu.

Pusat Maklumat Palestin melaporkan bunyi tembakan kereta kebal Israel dilaporkan kedengaran di bahagian barat Bandaraya Gaza.

“Letupan dan bunyi tembakan dilaporkan kedengaran di kawasan barat Gaza,

“Kereta kebal Israel turut melancarkan tembakan di luar kawasan kejiranan Sheikh Radwan dan Al Shati (Beach Camp) di barat laut semenanjung Gaza,” katanya.

Terdahulu, Qatar mengumumkan kedua-dua pihak, Israel dan Hamas telah bersetuju untuk melanjutkan gencatan sementara selama 2 hari. Pelanjutan gencatan sementara itu dibuat pada hari terakhir gencatan yang bermula pada Jumaat lalu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan serangan turut berlaku di Khan Younis dan Rafah di kawasan selatan Gaza.

Sehingga laporan ini ditulis, pihak Tel Aviv, Hamas dan Qatar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi yang berlaku pada ketika ini. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Reply