GAZA, 13 OKT – Angka korban penduduk Gaza kian meningkat semenjak Operation Iron Sword dilancarkan oleh Israel yang memasuki hari ke-6.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,573 penduduk Gaza disahkan maut manakala 6,612 lagi cedera berikutan siri serangan udara dan laut yang dilancarkan oleh Tel Aviv.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 5 pagi waktu Malaysia, pihak berkuasa kesihatan itu menyatakan angka maut itu melibatkan 500 kanak-kanak dan 2,760 wanita.
“Seramai 1,644 kanak-kanak dan 1,005 wanita tercedera berikutan siri serangan yang dilancarkan oleh Israel semenjak 7 Oktober,” kata kenyataan itu.
Pada ketika ini, fasiliti kesihatan Gaza kian meruncing berikutan bekalan asas seperti air dan elektrik telah disekat oleh Israel.
Jelasnya, pihak khidmat perubatan dan kesihatan Palestin terpaksa mencatu perkhidmatan mereka berikutan ketiadaan bekalan elektrik.
“Janakuasa elektrik yang terhad akan ditumpukan kepada sektor yang penting terutamanya melibatkan nyawa,” katanya.
Pun begitu, angka kematian terus meningkat apabila pihak Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan 120 lagi maut akibat serangan udara yang berlarutan pada 2 jam lalu. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Gaza #Palestin