Home SemasaGlobal Hamas lancar serangan mengejut, tawan balai polis dan pos tentera Israel

Hamas lancar serangan mengejut, tawan balai polis dan pos tentera Israel

by M.Daim

GAZA, 7 OKT – Hamas lancar operasi besar-besaran terhadap Israel, hari ini.

Serangan mengejut dari Gaza bermula dengan serangan 5,000 roket. Siren amaran dibunyikan di kawasan selatan dan tengah Israel bagi memberi amaran kepada penduduk setempat untuk berlindung.

Siren turut dibunyikan di kawasan Jerusalem dan Tel Aviv. Impak roket turut dilaporkan di kawasan selatan Jerusalem dan Tel Aviv.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, mereka telah melancarkan Operation Al-Aqsa Flood.

“Kami melancarkan serangan roket terhadap kedudukan tentera, lapangan terbang dan kubu tentera,

‘Lebih 5,000 roket dan peluru meriam telah dilancarkan dalam masa 20 minit,” kata komander Al-Qsaam, Muhammad Al-Deif.

Kereta kebal Israel dilaporkan musnah akibat serangan mengejut Sabtu oleh Hamas.

Tentera Israel di akaun media sosial rasminya mengesahkan berlaku serangan darat dari kawasan Gaza.

Sementara itu, media sosial setempat di Gaza dan Sderot menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata memasuki kawasan yang dijajah Israel dengan menggunakan paraglider. Operasi serbuan masuk turut dilaksanakan di kawasan perairan dan juga pos sempadan Gaza-Israel.

“Anggota Hamas dipercayai memasuki Israel dengan menggunakan paraglider,

“Mereka menyamar dengan menggunakan pakaian seragam dan baju tentera Israel,” lapor media antarabangsa.

Tembak-menembak turut dilaporkan berlaku dibeberapa kawasan kejiranan yang diduduki oleh Israel.

Selain daripada itu, sebuah balai polis dilaporkan telah berjaya ditawan dan sebuah kereta kebal Israel dilaporkan musnah selepas terkena serangan yang dilancarkan semasa hari cuti di Israel. – airtimes.my

#AirTimes #Israel #Palestin

Related Articles

Leave a Reply