Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Gerak Khas bakal terima keperluan, aset berteknologi tinggi – Panglima 21 GGK

#Pertahanan: Gerak Khas bakal terima keperluan, aset berteknologi tinggi – Panglima 21 GGK

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vNU0xwQwjK8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Gerup Gerak Khas (GGK) kini sedang dalam proses perolehan untuk melengkapkan segala keperluan bagi memastikan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini mempunyai aset yang berteknologi tinggi seiiring dengan peredaran semasa.

Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah berkata, aset-aset tersebut perlu dipertingkatkan dan diberi keutamaan seupaya Gerak Khas dapat meneruskan latihan-latihan, sekali gus mempersiapkan trup untuk sentiasa bersiap siaga diaturgerak sebilang masa.

“Kami (GGK) sekarang ini sedang membuat satu perancangan yang teliti terutama dalam mengikuti teknologi-teknologi yang terkini,

“GGK tidak mahu tertinggal dengan teknologi yang ada sekarang ini. Jadi pihak kami telah membuat kajian dan meneliti apakah aset-aset yang baharu serta berteknologi tinggi untuk dibuat perolehan agar dapat dibekalkan kepada anggota Gerak Khas, “ katanya kepada Air Times.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2023 di Pantai Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, pada Sabtu.

Adi Ridzwan menjelaskan, pada ketika ini, aset-aset yang dimiliki oleh Gerak Khas mencukupi dan mampu menggerakkan beberapa trup untuk melaksanakan latihan serta operasi yang dijalankan.

Namun, aset-aset tersebut perlu ditambah baik dan dipertingkatkan untuk keperluan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah agar pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penekanan serta tumpuan khas terhadap peralatan berteknologi tinggi Rejimen Gerak Khas (RGK).

Baginda bertitah, peralatan berteknologi tinggi ini adalah bagi memastikan RGK akan terus dapat memberikan khidmat serta mampu menyempurnakan misi yang dipertanggungjawabkan.

Dalam masa yang sama, Adi Ridzwan turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pertahanan kerana memberi perhatian serta mengutamakan keperluan pasukan elit tersebut.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply