Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Eks BLACK SHADOW – perkasa kemahiran PANDURA laksana misi penyusupan

#Pertahanan: Eks BLACK SHADOW – perkasa kemahiran PANDURA laksana misi penyusupan

by Nurulhuda

SABAH, 16 Ogos – Pasukan 10 Briged (10 Bgd) telah melaksanakan Eksesais BLACK SHADOW Siri 1/2023 bagi mempertingkatkan tahap kemahiran anggota Kompeni PANDURA (Para) dalam melaksanakan misi penyusupan dari pelbagai demensi ke kawasan musuh.

Pihak 10 Bgd Para memaklumkan, eksesais yang diadakan pada 5 hingga 13 Ogos lalu ini adalah bersempena dengan Eksesais PARADISE Siri 10/2023 anjuran Markas Wilayah Laut 2 (MAWILUD 2) iaitu latihan berterusan antara 10 Bgd (Para) bersama pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya, eksesais ini berkonsepkan penyusupan elemen tinjau dan sniper melalui udara, pelaksanaan close target recce (CTR) dan memusnahkan instalasi musuh dengan kaedah raid dalam persekitaran kawasan terbina.

“Selain itu, eksesais ini juga melibatkan latihan penyusupan melalui udara dengan kaedah penerjunan bebas menggunakan pesawat EC 725 dan A400M serta penyusupan melalui kaedah Helicopter Insertion Extraction (HIE) – Fastroping, Abseling dan Hover Jump dari pesawat EC725,

“Elemen tinjau turut melaksanakan secondary task iaitu membantu pasukan 10 Kor Perkhidmatan Diraja (Para) dalam operasi Hantaran Udara sebagai elemen pendahuluan dan tinjauan bagi membantu pengguguran udara melalui kaedah Low Velocity Airdrop for Multipurpose Aerial Delivery System (MADS),” kata 10 Bgd para menerusi hantaran di media sosialnya.

Jelasnya, Eks BLACK SHADOW – Eks PARADISE telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kemahiran anggota Kompeni PANDURA (Para) dalam melaksanakan tugas penyusupan dari pelbagai demensi, Reconnaissance, Surveillance, Target Acquisition dan Operasi Unit Kecil.

“Pelaksanaan eks ini adalah sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29, iaitu Peningkatan Kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset RDF-ATM sebagai ketumbukan utama Tentera Darat Malaysia (TDM),” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply