Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Rejimen Gerak Khas perlu peralatan berteknologi tinggi – Sultan Johor

#Pertahanan: Rejimen Gerak Khas perlu peralatan berteknologi tinggi – Sultan Johor

by Nurulhuda

MERSING, 12 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penekanan serta tumpuan khas terhadap peralatan berteknologi tinggi Rejimen Gerak Khas (RGK).

Baginda bertitah, peralatan berteknologi tinggi ini adalah bagi memastikan RGK akan terus dapat memberikan khidmat serta mampu menyempurnakan misi yang dipertanggungjawabkan.

“Penekanaan peralatan yang berteknologi tinggi juga perlu diberikan tumpuan khas agar RGK ini akan terus sentiasa dapat memberikan khidmat yang terbaik serta mampu untuk mneyempurnakan misi yang dipertanggungjwabkan,

“Maka saya berharap agar puncuk pimpinan ATM akan terus memberikan keutamaan dalam pemilikkan dan peningkatan perolehan peralatan di masa akan datang,” titah Sultan Johor.

Sultan Johor yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah demikian pada titah ucapan Baginda bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58.

Titah ucapan Baginda tersebut telah dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berangkat sebagai wakil rasmi Sultan Johor, hari ini.

Baginda Tuanku Sultan turut menzahirkan penghargaan kepada pimpinan ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) diatas keprihatinan serta kesungguhan dalam memastikan segala keperluan kelengkapan, persenjataan dan aset Regimen Gerak Khas berada pada tahap membanggakan.

“Pembangunan keupayaan Gerak Khas dapat dilihat dengan peningkatan perolehan aset-aset perairan, persenjataan, komunikasi, peralatan penerjunan serta penambahbaikkan kemudahan latihan seperti pembinaan kolam selam tempur,

“Selain itu, termasuklah aircraff Compass wing dan menaik taraf rumah tempur jarak dekat,” titah Baginda.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor berkenan menyaksikan perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 terdiri daripada 18 orang pegawai dan 174 anggota yang diketuai oleh Kolonel Razak Akob.

Related Articles

Leave a Reply