Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Tentera Darat Malaysia, Thailand kongsi kepakaran realisasi keamanan serantau

#Pertahanan: Tentera Darat Malaysia, Thailand kongsi kepakaran realisasi keamanan serantau

by Nurulhuda

THAILAND, 11 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Royal Thai Army (RTA) telah melaksanakan Eksesais LAND THAMAL Siri 26/2023 yang diadakan bagi mengeratkan hubungan dua negara dalam berkongsi taktik, teknik serta prosedur bagi merealisasikan keamanan serantau.

Markas Briged Ke-30 Infantri (30 Bgd) memaklumkan, eksesais bilateral yang diadakan setahun sekali dengan hos penganjurannya secara bergilir ini diadakan selama 8 hari bermula 7 Ogos lalu.

Menurutnya, latihan ini melibatkan 1 kompeni RTA dari 3rd Inf Bn dan 1 platun TDM dari Batalion Keempat Rejimen Sempadan (4 RS) ini dilaksanakan di Kem 3rd Infantry Battalion, 5th Infantri Brigade, Maha Chakri Sirindhorn Camp.

Eksesais ini dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa Cross Training Exersice (CTX), fasa Field Training Exercise (FTX) dan fasa Combined Militiry Civil Action (CMCA).

Majlis perasmian pembukaan Eksesais LAND THAMAL Siri 26/2023 telah disempurnakan oleh 5th Infantry Division Commander, Major jeneal Woradet Detrugsa dan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia (30 Bgd), Brigedier Jeneral Yazid Yusuf di Na Thawi, Songkla pada Isnin lalu.

Menurut 5th Infantry Division Commander, Eks LAND THAMAL ini dapat mengembangkan hubungan dua hala antara Thailand-Malaysia bagi menghadapi pelbagai cabaran seperti bencana alam dan keselamatan global serta mampu meningkatkan persefahaman antara kedua belah negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply