Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Malaysia, Indonesia perkukuh tahap keselamatan sempadan negara

#Pertahanan: Malaysia, Indonesia perkukuh tahap keselamatan sempadan negara

by Nurulhuda

BA’KELALAN, 4 Jul – Malaysia dan Indonesia terus mempertingkat tahap keselamatan persempadanan negara menerusi Operasi Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 1/2023.

Pihak Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) memaklumkan, operasi ini melibatkan anggota Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan (9 RS) dan Batalion Artileri Medan (Yonarmed 5/Pancagiri).

Jelasnya, PATKOR kali ini merupakan rondaan bersama yang dilaksanakan oleh 9 Bgd bagi mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) dan KOREM 092/ Maharajalila daripada Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI AD) dibawah kerjasama bilateral MALINDO. yang dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam setahun.

“Operasi PATKOR yang dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam setahun ini melibatkan 2 orang pegawai dan 30 anggota daripada TDM serta TNI-AD,

“Pelaksanaan PATKOR kali ini adalah hasil mesyuarat Tim Perancang Operasi Darat Malaysia-Indonesia (TPOD) Ke-40 pada tahun bulan November 2022 untuk mengaktifkan semula sejak aktiviti bilateral yang tertangguh sejak tahun 2020 akibat pandemik COVID-19,” jelas pihak 9 Bgd.

Majlis perasmian operasi telah disempurnakan oleh Panglima 9 Bgd, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan disaksikan oleh Brigedier Jeneral TNI Ari Estefanus, Komandan KOREM 092 di Pos Gabungan Bersama (GABMA) Ba’kelalan pada 3 Jul lalu.

Dalam ucapannya, Ahmad Norzaini menjelaskan, beliau yakin PATKOR kali ini akan memberi pengalaman baharu kepada kedua-dua pihak sama ada daripada staf formasi mahupun trup yang sedang beroperasi.

Beliau turut menyeru kepada semua anggota dan pegawai yang terlibat untuk memberi tumpuan dan komitmen dalam menjayakan aktiviti bilateral ini.

Majlis diteruskan dengan acara perlepasan Trup TDM dan TNI-AD oleh Panglima 9 Bgd serta Komandan KOREM 092 yang akan melaksanakan rondaan bersama di persempadanan mulai 3 hingga 9 Jul 23.

Sejurus pada itu, Panglima 9 Briged dan Komandan KOREM 092 berkesempatan melawat trup Operasi JAGAKAWAN di Pos GABMA Long Midang.

Turut hadir bersama adalah Komandan Batalion Artileri Medan (Yonarmed 5/Pancagiri) dan Malaysia Military Liason Officer (MMLO) Samarinda.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply