Home SemasaGlobal Israel tembak jatuh dron, Al Qassam lancar misil anti pesawat

Israel tembak jatuh dron, Al Qassam lancar misil anti pesawat

by M.Daim

GAZA, 5 APRIL – Pasukan Briged Al-Qassam telah melancarkan kira-kira 4 misil anti pesawat terhadap jet pejuang Israel.

Menurut pasukan itu, kejadian berlaku selepas Israel menembak jatuh dron Shehab milik Hamas di ruang udara Gaza pada pagi Isnin.

“Serangan ini sebagai tindak balas kepada dron Shehab yang ditembak jatuh semasa menjalani latihan,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Briged Al-Qassam, misil telah dilepaskan dari pelancar bahu (MANPADS) terhadap jet pejuang F-16 Israel.

Walaupun tidak mengenai pesawat, jet pejuang tersebut telah melancarkan counter measure bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Sementara itu, pihak tentera Israel mengesahkan pasukan udara mereka telah memintas sebuah dron yang berada di ruang angkasa Gaza.

Menurutnya, dron tersebut telah berjaya ditembak jatuh dan tidak memasuki ruang udara Israel. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply