Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tentera Laut Malaysia, Jepun kongsi kepakaran operasi dalam PASSAGE EXERCISE

Tentera Laut Malaysia, Jepun kongsi kepakaran operasi dalam PASSAGE EXERCISE

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bagi meningkatkan kebolehoperasian aset kedua-dua buah negara.

Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) memaklumkan, eksesais yang melibatkan KD LEKIR mewakili TLDM dan JS KIRISAME dari JMSDF ini dilaksanakan di sekitar perairan Selat Melaka pada Rabu.

Menurut MPA Barat, latihan ini dilaksanakan secara opportunity basis apabila JS KIRISAME sedang dalam pelayaran ke pangkalan seterusnya setelah selesai lawatan operasi di negara ini mulai 3 April yang lalu.

Manakala, KD LEKIR pula sedang melaksanakan operasi di perairan ini.

“Peluang latihan sebegini sentiasa dimanfaatkan sebaiknya oleh TLDM bagi meningkatkan interoperability dengan angkatan laut sahabat selain memperkasakan diplomasi pertahanan negara,” jelas MPA Barat menerusi hantaran di media sosialnya malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?