Home Semasa Polis serbu rumah, tahan lelaki bersama 21 kotak rokok seludup

Polis serbu rumah, tahan lelaki bersama 21 kotak rokok seludup

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 6 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak pelbagai jenis rokok tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM84,000, selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Johor Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.

Beliua berkata, lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok tidak bercukai dan hasil tangkapan menemui 18 kotak rokok jenama John JDB, 2 kotak Canyon Premium Merah dan sekotak Manchester Merah.

“Turut dirampas sebuah motosikal dan kereta Proton Saga dengan keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah RM108,000,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ditahan direman 14 hari bermula semalam.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya akan terus membanteras kegiatan penyeludupan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terlibat agar menghentikan kegiatan ini kerana boleh menyebabkan kerugian kepada negara.

“Pihak polis berharap agar masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti sebegini supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?