Home GlobalRusia ketuai Suruhanjaya Majlis Keselamatan PBB

Rusia ketuai Suruhanjaya Majlis Keselamatan PBB

by M.Daim
A+A-
Reset

NEW YORK, 2 APRIL – Rusia memulakan tugas mereka sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB (United Nations Security Council, UNSC) mulai 1 April 2023.

Kali terakhir negara itu mengetuai UNSC adalah pada Februari 2022.

Berdasarkan tinjauan Air Times di laman rasmi UNSC, jawatan presiden UNSC adalah dilakukan secara pergiliran pada setiap bulan.

Sebelum ini, UNSC diterajui oleh Jepun, Malta dan Mozambique sebelum diambil alih oleh Rusia.

Peranan Rusia sebagai peneraju UNSC akan digantikan oleh Switzerland mulai 1 Mei ini.

Pergiliran tersebut sudah tentu menerima reaksi yang negatif dari Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang menganggap pengambil alihan jawatan tersebut sebagai sesuatu yang mengarut.

Sementara itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menyatakan perkara tersebut sebagai satu jenaka April Fool yang terburuk.

“Negara (Rusia) yang melanggar segala fundamental perundangan keselamatan antarabangsa telah mengetuai majlis yang sepatutnya melindungi perkara tersebut,” kata Kuleba yang dipetik oleh media Ukraine.

Rusia merupakan salah satu daripada 5 buah negara yang menjadi Ahli Tetap UNSC yang di antaranya adalah China, Peancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply