Home Semasa Lawatan ke China bawa manfaat besar kepada negara – Anwar Ibrahim

Lawatan ke China bawa manfaat besar kepada negara – Anwar Ibrahim

by Bernama

BEIJING, 1 APRIL – Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi, dipacu dengan kerjasama lebih mendalam dan bermakna dalam pelbagai aspek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama strategik ini merangkumi antaranya bidang politik, perdagangan dan pelaburan.

Beliau turut menyifatkan lawatan rasmi sulungnya ke China sebagai satu pencapaian yang membawa manfaat besar kepada negara dan rakyat Malaysia.

Menurut beliau tumpuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pemimpin China serta sambutan daripada tokoh-tokoh perniagaan dan industri China terhadap lawatannya ini menunjukkan keakraban hubungan kedua-dua negara.

“Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Saya anggap ini satu perkembangan sangat positif. Kunjungan ini memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada media Malaysia dalam satu sidang akhbar di akhir lawatan rasmi beliau ke China di sini malam ini. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply