Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sindiket edar syabu tumpas, polis rampas dadah bernilai RM6 juta – Air Times News Network
Home Semasa Sindiket edar syabu tumpas, polis rampas dadah bernilai RM6 juta

Sindiket edar syabu tumpas, polis rampas dadah bernilai RM6 juta

by Muaz Rizqi

BATU UBAN, 31 Mac – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 183.6 kilogram syabu bernilai RM6.0588 juta, dalam siri serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur pada Rabu serta semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, JSJN Pulau Pinang dan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban telah melancarkan operasi terancang berkaitan maklumat aktiviti pengedaran dadah syabu di kawasan Pulau Pinang pada 29 hingga 30 Mac 2023.

”Seterusnya, operasi terancang itu juga turut menahan 6 lelaki termasuk 5 warga asing dalam operasi terancang itu yang melibatkan 5 lokasi serbuan,

“Hasil operasi ini pihak polis merampas 5 bongkah plastik berwarna hitam mengandungi 178 bungkusan berisi dadah jenis syabu anggaran berat 183,600 gram bernilai RM6,058,800.00 dan menangkap seorang lelaki tempatan dan 5 warga asing berumur diantara 21 tahun hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah ini,” tambah beliau dalam kenyataan.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Shukhairi Abd Sabhe, Komander PPM Wilayah 1 ACP Shamsol Kassim dan Pegawai-pegawai Kanan.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati serta pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan. -airtimes.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?