Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Desert Tiger eratkan kerjasama pertahanan Malaysia-UAE

Eksesais Desert Tiger eratkan kerjasama pertahanan Malaysia-UAE

by Nurulhuda

ABU DHABI, 28 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah mencemar duli berkenan berangkat ke Majlis Penutup Eksesais DESERT TIGER Siri 6/23 di Al Hamra FIBUA City, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesias bilateral ini melibatkan seramai 14 pegawai dan 116 anggota daripada Trup TD 10 Briged (Para) serta 5 pegawai dan 120 anggota daripada 6 Briged United Arab Emirates Land Forces.

Menurut TDM, objektif pelaksanaan latihan bersama ini memfokuskan kepada Konsep Latihan Air Assault Operation dalam persekitaran operasi di kawasan terbina atau OBUA yang telah dilaksanakan mulai dari 8 hingga 27 Februari lalu.

Majlis penutup ini juga turut disertai oleh Pemerintah Tertinggi Tentera UAE iaitu Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan bagi menyaksikan Demonstrasi Penutup Latihan Bilateral di Al Hamra FIBUA City.

Turut serta berangkat adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’Ayatuddin Shah.

Delegasi seterusnya dibawa melawat lokasi pameran statik aset ketenteraan United Arab Emirates Land Forces.

Di akhir majlis, Seri Paduka Baginda meluangkan masa beramah mesra bersama seluruh pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini dan menzahirkan ucapan setinggi tinggi tahniah atas kejayaan menamatkan latihan bilateral dengan jayanya disamping memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia – UAE.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Mohamad Hasan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Duta Besar Malaysia UAE Tuan Yang Terutama Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply