Home Politik Wan Rosdy dilantik Menteri Besar Pahang, terajui kerajaan negeri gabungan BN-PH

Wan Rosdy dilantik Menteri Besar Pahang, terajui kerajaan negeri gabungan BN-PH

by Nurulhuda

KUANTAN, 27 Nov – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismall sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman dalam kenyataan memaklumkan, Wan Rosdy dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan pukul 11 pagi, esok.

Menurutnya, baginda turut memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Baginda telah berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Negeri Pahang,

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang telah berkenan melantik Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang,

“Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan pada hari Isnin, 28 November 2022 jam 11 pagi bertempat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan,” jelasnya.

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 kerusi dan PH (8).

Keputusan PRU lalu menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dan ia mendorong BN dan PH bergabung membentuk kerajaan persekutuan.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi berhubung pembentukan kerajaan negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung pada PRU15 yang lalu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply