Home Politik Warisan sokong PH-BN bentuk kerajaan Persekutuan

Warisan sokong PH-BN bentuk kerajaan Persekutuan

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 22 Nov – Parti Warisan Sabah (Warisan) menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sokongan terbabit diberikan berikutan kedua-dua gabungan terbabit mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Oleh yang demikian, PH dan BN seharusnya diberikan pilihan pertama untuk membentuk kerajaan,

“Sokongan ini juga atas alasan bahawa Kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berharap PH dan BN boleh menjadi rakan yang mampu membentuk kerajaan serta membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara.

Keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen di seluruh negara manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6), DAP (5) dan Warisan (3).

MUDA dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas 2. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply