KUALA LUMPUR, 22 Nov – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, kedua-dua ketua parti itu dipanggil menghadap setelah Bgainda mengesahkan tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Pedana Menteri seperti yang di peruntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah berkenan agar semua parti politik menyerahkan nama calon Perdana Menteri pada hari Isnin jam 2 petang sebelum ditunda kepada hari ini jam 2 petang.