Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih baik BN jadi pembangkang, saya bersedia – Hishammuddin – Air Times News Network
Home PolitikBarisan Nasional Lebih baik BN jadi pembangkang, saya bersedia – Hishammuddin

Lebih baik BN jadi pembangkang, saya bersedia – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya agar BN berperanan sebagai pembangkang sekiranya tiada kata putus yang diperoleh bagi membentuk kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, bersedia menjadi pembangkang dan menegaskan segala formula atau rundingan yang terjadi, pendiriannya jelas serta tidak akan berkompromi.

“Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku. Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi,

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Tegasnya, beliau akan tetap setia bersama UMNO walau apa juga yang terjadi.

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain,” ujarnya.

Semalam, Hishammuddin menyatakan beliau rela dipecat oleh partinya daripada menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, beliau tidak akan sesekali mengubah pendirian berhubung penolakan untuk bekerjasama dengan PH.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?