KUALA LUMPUR, 21 Nov – Sebanyak 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataannya berkata, ia susulan daripada penggantungan proses pengundian pada Sabtu lalu disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
Beliau berkata waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.
“Pusat pengundian tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan Long Naah (saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Luteng (saluran 2); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah (saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Sait (saluran 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Tungan (saluran 1 dan 2),
“Selain itu turut terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan Long Moh (saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (saluran 1); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Lamei (saluran 2) Sekolah Kebangsaan Lio Mato (saluran 1 dan 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Banga (saluran 1 dan 2) dan RH TK John Jau Wan Lg. Semiang di saluran 1, ” katanya.
Pada Sabtu lepas, SPR mengumumkan proses pengundian di 11 daripada 194 pusat mengundi untuk kawasan Parlimen itu digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas pilihanraya tidak dapat sampai ke tempat mengundi sama ada melalui laluan udara, darat dan air. -airtimes.my