Home Semasa LRT tergendala: DBKL tambah laluan bas GOKL

LRT tergendala: DBKL tambah laluan bas GOKL

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menydiakan inisiatif dengan menyediakan laluan khas Bas GoKL sebagai langkah dalam membantu warga kota yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 6 buah bas disediakan bagi tujuan tersebut bermula hari ini.

Menurutnya, laluan khas ini meliputi laluan Pasar Seni-Masjid Jamek-KLCC dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu pukul 7 pagi sehingga 9 pagi dan 5 petang sehingga 8 malam.

“Sementara perkhidmatan bas GoKL bagi 11 laluan sedia dan berjalan seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Mahadi berkata, DBKL telah meningkatkan kekerapan penyuraian trafik dengan menambah dua lokasi ‘point duty’ di Jalan Jelatek dan Jalan Datuk Keramat.

Jelasnya, bilangan warden trafik di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi turut ditingkatkan dengan kekuatan keseluruhan seramai 45 orang.

“DBKL sedia memberikan bantuan dan bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad, polis dan agensi sahabat lain bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, DBKL juga sedia memberikan bantuan dan kerjasama kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi sahabat yang lain bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan.

Rapid KL pada Rabu memaklumkan sebanyak 16 LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Pengantungan ini adalah disebabkan gangguan kepada komponen elektronik Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenal pasti. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?