MELAKA, 24 Sept โ Platun Tiger dari 10 Briged (Para) akan menyertai Pertandingan ๐๐ณ๐ฎ๐บ ๐๐ฏ๐ฅ๐ถ๐ณ๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ฉ๐ข๐ญ๐ญ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ (AEC) Tahun 2022 yang dilaksanakan pada 26 hingga 28 September ini.
Markas 10 Bgd (Para) memaklumkan, Tim AEC 10 Bgd (Para) telah melaksanakan latihan pesat mulai dari 27 Julai sehingga 25 September ini sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Majlis penyerahan Bendera 10 Bgd (Para) telah disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal kepada Pengurus Tim AEC 10 Bgd (Para) di padang Kawad MK 10 Bgd (Para), Kem Terendak pada 19 September lalu.
Panglima 10 Bgd (Para) dalam ucapannya memberikan kepercayaan jitu, dukungan mantap serta sokongan kuat agar Tim AEC 10 Bgd (Para) dapat menterjemahkan nilai ‘๐ข๐ญ๐ธ๐ข๐บ๐ด ๐ฅ๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ฏ๐ด๐ต๐ณ๐ข๐ต๐ฆ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ฉ๐ช๐จ๐ฉ๐ฆ๐ด๐ต ๐ง๐ช๐จ๐ฉ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ด๐ฑ๐ช๐ณ๐ช๐ต ๐ช๐ฏ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ฃ๐ข๐ต๐ต๐ญ๐ฆ๐ง๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ ‘ di dalam pertandingan AEC kelak.
Selain itu, beliau turut berharap agar Tim yang terlibat termasuk seluruh warga 10 Bgd (Para) mempamerkan semangat tidak kenal menyerah dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan AEC Tahun 2022 ini adalah bagi mempamerkan tahap kemampuan dan ketahanan tempur individu serta tim disamping menguji semangat juang, Espirit de Corps termasuk Leadership peserta.
โSelain itu, ia juga akan mempamerkan ketangkasan dan kecekapan menembak para peserta,โ jelas Markas 10 Bgd (Para).
Tambahnya, aktiviti yang telah dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Tonggak ke-2 Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi dengan Pengukuhan Kesatuan melalui aktiviti sukan, sosial dan Rejimental di peringkat Tentera Darat dan Formasi.
Turut hadir, Timbalan Panglima 10 Bgd (Para), Ketua Staf Am 10 Bgd (Para) dan warga Markas 10 Bgd (Para). -airtimes.my