Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 8 RAMD bantu bersih Asrama Anak Yatim Damai Kuang

8 RAMD bantu bersih Asrama Anak Yatim Damai Kuang

by Nurulhuda

RAWANG, 15 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan melakukan aktiviti gotong-royong di Asrama Anak-anak Yatim Damai Kuang pada Sabtu lalu.

Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, aktiviti itu telah melibatkan seramai 42 anggota 8 RAMD bersama 39 orang anak-anak yatim dan golongan asnaf serta kakitangan asrama berkenaan.

“Program yang dianjurkan oleh 11 Bgd ini adalah bagi mendokong Teras Ke-4 Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 iaitu Pengukuhan Kerjasama ATM dan Rakyat (CIMIC),

“Objektif program ini adalah untuk menunjukkan keperihatinan TDM kepada komuniti setempat dan mendekatkan organisasi dengan masyarakat dalam meningkatkan keyakinan serta sokongan awam terhadap kredibiliti Tentera Darat,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, pelaksanaan aktiviti PJM sebegini adalah seiring dengan Perkara Kelima Perintah Ulung Panglima 11 Briged iaitu Hubungan Tentera Dengan Awam dan sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera dan Awam. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply